UK terbuka untuk jalin kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan projek kereta nasional baharu
United Kingdom (UK) telah mengesahkan pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan projek kereta nasional baharu. Ia adalah sebagai usaha untuk membantu Malaysia merealisasikan matlamat pengurangan karbon.
“Dengan kepakaran UK dalam pembuatan kenderaan elektrik (EV), kami percaya akan dapat membantu Malaysia memenuhi janji untuk mengurangkan 45% daripada pelepasan karbon dioksida (CO2) pada 2030. Ini adalah bidang yang berkemungkinan (untuk bekerjasama dengan Khazanah) memandangkan tumpuan Malaysia adalah pada ekonomi karbon rendah.
“Tetapi kami perlu memahami bahagian mana daripadanya yang kami mahu (fokus). Jika automotif adalah satu daripadanya, dan jika EV adalah satu daripada elemennya, dengan itu ada peluang di situ,” ujar Datuk Bandar Bandaraya London, Alderman Peter Estlin kepada Bernama
Beliau turut berkata, baru-baru ini syarikat automotif multinasional British, Jaguar Land Rover Automotive Plc, mengikrarkan pelaburan hampir £1 bilion bagi pengeluaran EV di UK. Berikutan itu, pemain industri daripada UK dan Malaysia boleh menimbangkan untuk menjalin kerjasama dalam bidang seperti pembangunan bateri atau pembuatan canggih yang lain dalam EV.
Pada awal tahun ini, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof dilaporkan berkata projek kereta naional ketiga yang akan dilancarkan pada tahun 2020, akan menjadi kenderaan cekap tenaga, mencetuskan spekulasi bahawa projek kereta akan datang merupakan EV yang menggunakan kuasa bahan api sel sepenuhnya.
Malah pada Mei lalu pula, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi jaminan bahawa projek kereta nasional ketiga yang diilhamkannya akan dibiayai sepenuhnya oleh “entiti persendirian”, seperti unit milik penuh Khazanah, SilTerra Malaysia Sdn Bhd.
Related Cars for Sale on
Source: Read Full Article