Mercedes-Benz Malaysia umum pelantikan Michael Jopp sebagai ketua jualan dan pemasaran baharu

Mercedes-Benz Malaysia telah mengumumkan pelantikan Michael Jopp sebagai ketua jualan dan pemasaran baharu bagi Mercedes-Benz Cars, Malaysia and SEA II, berkuatkuasa 1 Julai 2019. Jopp mengambil alih tugas yang sebelum ini dipegang oleh Mark Raine yang kini telah menyertai Mercedes-Benz Korea sebagai timbalan presiden bagi produk dan pemasaran.

Sebelum ini, Jopp telah berkhidmat sebagai timbalan presiden jualan dan pemasaran di Mercedes-Benz India selama tiga tahun. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri automotif, termasuk pernah berkhidmat di Daimler dan Mercedes-Benz di Jerman, Jopp juga merupakan pemegang MBA dari Goizueta Business School.

“Kami gembira apabila Michael Jopp menyertai family Mercedes-Benz Malaysia. Dengan pengalaman dan kepakaran lebih sedekad dalam jualan dan pemasaran, kami yakin beliau mampu membantu mengekalkan kedudukan kami di posisi pertama dalam pasaran automotif premium Malaysia,” ujar Claus Weidner, presiden dan CEO MBM.

Tambahnya lagi, “Jopp juga akan memainkan peranan utama dalam merangka strategi berkaitan pelanggan, mengambil pendekatan holistik untuk kecemerlangan automotif dengan memberikan pengalaman terbaik bagi pelanggan kami, di samping memperkukuhkan portfolio produk kami.”

Source: Read Full Article